Sunday 31 August 2014


“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” Q. S. An-Nur (24):31
Jujur,  itu bukanlah perkara biasa…
Tetapi sungguh luar biasa…
Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”
Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…
Terbungkus harapan dan janji-janji manis…

Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…
Mungkin ada dari kalian  yang punya hati sekuat keluli,  lali akan kata-kata itu…
Tetapi  banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus…
Betapa tak kuasanya…
Lembutnya hati si hawa…

Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??
Dengan kerapuhan dan kelembutan…
Atau  mungkin kebodohannya…

Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.
Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…
Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.
Renungkanlah…

Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…
Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…
Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,
Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…
Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…

Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…
Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…
Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…
Sabarlah dan tuntutlah ilmu…
Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…
Jika memang sudah tak boleh,
Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…
Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…
Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…

Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…
Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…
Dan sebaliknya…
Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya
Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…

Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya…
Itulah cinta yang sesungguhnya…
Semoga Allah menyayangimu…
Hijablah hatimu dengan hijab kalian…
Hijab yang sempurna…
Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan  kosong mereka…

 sumber asal : Muslimah Sholehah


KHIFARAH CINTA

Aku insan yang ter kifarah kerana cinta hamba. Tidak sekali aku sesali apa yang terjadi ke atas diriku ini. Semua ini sudah ketentuanNya. Semua ini telah diatur untuk ku, hamba Mu yang tersasar langkah dalam mengalur cinta yang berkiblatkan nafsu. Tidak sekali aku meletakkan salah dan silap ini di atas mantan. Terima kasih kepada mantan kerana meletakkan noktah pada hubungan yang terlarang ini kerana diri ini tiada daya untuk melakukan sedemikian.
Diri ini sedang mabuk dilambung ombak nafsu. Walaupun tiada kepastian atas dasar apa hubungan ini terhenti. Bukan itu yang mahu ku cari. Bukan jawapan itu yang ingin ku cari. Aku mencari hikmah disebalik kifarah Allah ini. Biarlah diri ini sahaja yang merasa akan kifarah ini kerana mantan mungkin belum tiba masanya. Aku telah melakukan sedaya untuk menyedarkan mantan.
 Dulu aku merasa nikmatnya dunia. Aku merasa nikmatnya cinta hamba. Bagaikan lautan nikmat yang terbentang luas. Saat bersama ku rasakan bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Saat cinta dan hati kita bertaut ku rasakan kita akan kecapi bahagia selamanya. Ku sangkakan hamparan oasis yang terbentang fana yang dapat menghilangkan dahagaku. Ku korbankan segala untuk kecapinya. Ku abaikan segala untuk mengejarnya. Rupanya hanya hamparan fatamorgana yang tidak akan sama sekali menghilangkan kehausan ku.
Dulu pelbagai janji telah ku taburkan. Pelbagai impian telah ku bina untuk memiliki kononnya sebuah istana impian di mana sang mantan adalah permaisuri yang bersemayam di singgah sana. Manakala akulah Raja di samping sang mantan. Ku bina sebuah istana khayalan atas lapangan nafsu yang mendap. Ku bina istana khayalan dari sebuah tiang iman yang rapuh.
Lalu bila ketentuan Allah itu datang untuk menyuluh hati hamba-hambaNya istana khayalan hanya kekal sebagai sebuah istana khayalan malahan runtuh menimpa tuan. Jangan diratapi kemusnahan impian. Ratapilah keruntuhan iman. Jangan disalahkan mantan kerana mantan hanya permaisuri yang bersemayam. Raja yang sepatutnya memimpin dan membina istana di atas lapangan keredhaan Allah. Raja yang sepatutnya memimpin membina istana dari tiang iman yang teguh.  
Sekarang biarkan aku terus haus mengejar fatamorgana yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah. Aku redha dengan kifarah Mu ini. Biarlah kifarah ini menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.

KITA BERHAK TIDAK MEMAFKAN ORANG YANG MENYAKITI!!!



Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak...
Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.
Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.
Bagaimana? Terasa lega?
Sesetengah orang memang begitu.  Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta. Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.
Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’
Bagaimana, apakah kita termasuk dalam golongan ini?
Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi. InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu kita lagi. Itu juga menandakan ketegasan kita dan pendirian kita tidak mudah goyah.
Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup...
Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah besarnya implikasi “maaf”...

Tegas dengan pendirian tidak mahu memaafkan

Sekali lagi, sama ada kita bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan kita di Akhirat.
Apa yang pernah berlaku kepada saya apabila sebahagian besar dari simpanan saya telah di berikan kepada si polan..
“katanya nk buat roadtax kereta. bila dh pikir kwn yg dah lama kita kenal dan pikirkan janji dia yg akan membayarnya dalam masa 3 hari sahaja saya berikan juga.." malangnya bila dah dapat duit janji nak membayar pun hilang entah ke mana... sungguh terkilan dengan sikap kawan seperti ini..bukankah bila kita berjanji untuk mambayarnya ia sudah di kira sebagai hutang....

Ketegasan saya untuk tidak memaafkan si polan timbul apabila janji yang di buat tidak di tunaikan..  
                

memaafkanTapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?
Dan jika andalah manusia yang bernama si polan itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?
Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup. Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.

Kisah menarik dari Rasulullah SAW

mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya. Pilihan memang hak kita..
Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”
Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”
Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”
Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”
***Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah anda? Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda? Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati? :’)