Saturday 7 September 2013

WARKAH PERJALANAN HIDUP...

Ketika mata terlalu tajam memerhati setiap pergerakan. Lamunan semalam, seakan-akan hampir dan menerkam kedasar hati. Sejenak memikirkan perjalan hidup ini, telah banyak simpang yang telah aku lalui dan telah banyak cabang kebenaran. Ianya betul-betul menjadi bukti akan cerita hidup ini. Diari kehidupan ini sentiasa tertulis dengan pelbagai pengembaraan. Aku selalu di kejutkan dengan dugaan dan ujian yang mendatang. Hari demi hari, nafas ku semakin kuat menghirup udara persekitaran. Aku sentiasa meredah setiap liku-liku itu, sentiasa sabar akan ujian.

     Ujian ini bukan buat ku, tetapi aku yang memilih untuk diuji, semangat atau kekuatan tidak hadir pada orang lain. Semangat kekuatan itu hadir pada diri yang kudus lagi kerdil ini.Pepatah apa yang mampu memberi kesan dan membentuk sasiah diri. Hanya nulikan kebenaran yang ada dalam diri memutus setiap helaian terjemahan dan perbuatan yang tak mungkin di ubah. Aku sentiasa diperhati dan memerhati, siapa yang terkenal dan siapa yang ku kenal. Hanya mereka yang melihat ku yang lebih mengenal akan diri ku. 

     Watak hidup ini bukan satu lakonan. Aku tidak mampu menunding jari menunjuk tangan pada hati-hati yang buta. Perbuatan atau tidakan itu bukan benar datang dari hati. Tetapi hati itu telah ternoda akan perbuatan itu. Pergerak itu bagai mencorak setiap langkah kehidupan. Yang baik itu tak mungkin dapat dilihat lagi kerana yang hitam itu sudah menjadi dakwat. Apa kan daya air yang jernih itu, bukan suatu hamparan kesucian lagi. Gelap segala pandangan, mata tertipu lagi siapa yang ingin tahu akan kebenaran ini.

     Tujuan hidup ini sentiasa berada di barisan hadapan. Menang kalah dalam pertaruhan ini belum tentu dapat menetukan pemenangnya. Dalam hidup ini kalah menang itu hanya satu penipuan dan satu hasutan. Siapa yang merelakan diri dan mebiarkan diri hanyut dengan ombak kehidupan. Pasti akan merasakan kekosongan. Hati itu tidak mati sekiranya tidak mencari ajalnya. Manusia dan diri ku adalah sama. Aku meletakkan setiap sesuatu itu sentiasa ada di atas, kerana riak-riak itu akan setiasa jauh dari hati ku. Aku sering menolak nikmat ini, tetapi selalu saja di belengu kelalaian. Buta setiap waktu, celik bila menerima tamparan ujian. Sesungguhnya aku tidak mampu berdiri sendiri tanpa ilmu dan pengalaman hidup.

p/s : Warkah perjalan itu adalah satu sejarah yang kadang kala menjadi panduan hidup sepanjang zaman

kasih ummi..

Dear Blog,
semalam masa aku kat wad kanak-kanak aku tertarik dgn sorang adk ni..
nama dia Nur Alesya Atikah... manis orgnya.. suka dgn senyumannya..walaupun sakit tapi senyuman sentisa menguntum di bibir.. usia adk Atikah sama dgn Aleesya aku.. 4 tahun..

siapa tahu dlm usia seperti itu telah byk dugaan yg Allah berikn padanya..
meruntun hatiku bila umminya membuka bicara...
Ya Allah..masih ada insan yg lebih berat ujiannya dari aku..

Atikah lahir tak cukup bulan.. lahir semasa kandungan ibunya 26 minggu..boleh bayangkan macam mana rupa masa tu... dgn berat 800 gram..
hanya Allah yg tau betapa pilunya hati ummi dan ayah adk Atikah ketika itu..
kata ummi, 3 bulan lebih adk Atikah dlm unit jagaan rapi..
ummi datang hospital dgn airmata,ummi pulang dgn airmata...
 
satu malam tu,ummi dapat paggilan dari doktor..doktor minta ummi datang hospital dengan segera..
adk Atikah sedang tenat..hanya Allah yg tau mcm mana hati seorang ibu..
masa ummi sampai dada adk Atikah sudah di tebuk oleh doktor oleh kerana keadaan adk Atikah yg tenat masa tu.. udara di dalam paru-paru adk Atikah perlu di keluarkan dengan segera...

dalam fikiran ummi,mampukah adk Atikah hidup di muka bumi ini..
Allah Maha Besar.. Adk Atikah diberi nafas sehingga hari ini...
namun...
siapa sangka penderitaan adk Atikah tidak berhenti di situ saja..
hospital bagaikan rumah kedua buat dirinya..
sudah tiada perasaan takut dalam dirinya seperti kanak-kanak lain..
Ya Allah..begitu besar dugaan Mu buat mereka sekeluarga..

sekarang adk Atikah diuji bila dia di diagnoskan fever with seizure...bila dilihat pada fizikalnya
adk Atikah sama seperti kanak-kanak lain..
tapi separuh anggotanya mengalami masalah saraf..
tapi Alhamdulillah,adk Atikah mampu memahami apa yg orang lain cakap,dia mampu berdikari ..

adk Atikah seorang yg manja..syg aku padanya seperti sygnya aku pada Aleesya..
Ya Allah ringankanlah beban keluarga ini..
dah seminggu adk Tikah kat dalam wad tu...semoga terus tabah menghadapi ujian ini..

~Salam sayang dari ku MD~











HANYA AKU~~~

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

 Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu


Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku...


MAK...

dear Blog..rindu kau..hihihi..dh lama x citer kn..
owh,aku nk citer tentang mak..semua org ada mak kn.. i love my mum..
mak,mak lah penguat semangat adk..
tak kira dlm apa jua keadaan sekali pun mak lah yg sentiasa menemani adk..walau sebesar mana dosa 
adk,mak tak pernah tinggalkan adk sendirian..
mak,..
sekuat mana hati mu,adk faham apa yg mak rasakan.. setabah mana mak menahan 
mutiara jernih itu akhirnya jatuh juga ke bumi...
mak...,
percayalah apa yg di beri ada hikmahnya..seperti pesan mak pada adk..
adk percaya mak mampu menghadapi semua ini dgn tabah..adk syg mak..
walau apa pn yg terjadi adk tetap bersama mak seperti mana mak tak pernah tinggalkan adk di saat adk 
di dalam kesedihan... ketabahan mak semngat adk.. semoga ketabahan adk akn menjadi 
penguat hati mu...
mak...,
jangan sesekali rebah sebelum masanya.. kaulah sri kandi hatiku...

~sayang MAK~
~sayang AYAH~